Anwar desak RCI ditubuh siasat PATI jadi pengundi

(Oleh: Norutul Ilham)

 

PETALING JAYA 13 Feb: Kerajaan digesa menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberikan hak kewarganegaraan untuk mengundi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, suruhanjaya itu perlu ditubuhkan kerana beliau khuatir dengan isu pengundi di kalangan pendatang asing yang meningkat sejak kebelakangan ini.

“Kita mengesa supaya kerajaan segera menubuhkannya (RCI). Isu ini bukan hanya berlaku di Sabah (projek ic), sebaliknya ini adalah isu negara keseluruhannya,” katanya.

“(SPR) perlu sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang. Tidak munasabah jika kerajaan jadikan perkara ini sebagai politik sempit,” katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat KEADILAN selepas menghadiri mesyuarat PakatanRakyat, di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang terdiri dari Penasihat DAP,  Lim Kit Siang  dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Sebelum ini Perdana Menteri Bangladesh, Sheik Hasina Wajed membuat kenyataan mengejutkan apabila mendakwa rakyat negara itu yang bekerja di Malaysia diberi kerakyatan mudah jika mengundi Umno-BN.

Kenyataan itu dipetik dari laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu, sebelum dipadamkan selepas 24 jam ia disiarkan.

Anwar juga pernah mendakwa kira-kira 200,000 pendatang asing dari Indonesia diberi kerakyatan untuk memenangkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Isu sama berlaku di Sabah sejak tahun 1980 an dan 1990 an ketika era pemerintahan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu kajian melaporkan sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin telah mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah bertujuan untuk memenangkan Umno-BN dalam pilihan raya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26526

Posted by on Feb 13 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google