Anwar diberikan pengampunan penuh

Ikon Reformasi dan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sah mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V tengahari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada 12 tengahari ini.

Ini bermakna Anwar yang dipenjarakan kerana Fitnah II oleh rejim Umno BN sebelum ini bakal menyambut Ramadan 2018 bersama ahli keluarga dan penyokongnya.

Pembebasan ini berlaku tiga minggu lebih awal daripada tarikh sebenar pembebasan beliau pada 8 Jun 2018.

Anwar dijangka memberikan ucapan sulungnya malam ini pada satu himpunan untuk menyambut pembebasan beliau di Padang Timur, Petaling Jaya.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71773

Posted by on May 16 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE