Anwar diramal menang mudah di Port Dickson

Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diramal bakal memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan mudah.

Ramalan itu dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang mengunjurkan Anwar akan mendapat jumlah undi yang tinggi dan jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya yang lain.

Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman mengumumkan hasil kaji selidik itu yang dilakukan di kalangan 1,084 pengundi di Port Dickson antara 8 hingga 9 Oktober lalu.

“Menerusi kajian ini, sebanyak 74 peratus responden berkata mereka akan mengundi Anwar, manakala PAS mungkin akan mengekalkan 11 peratus undi mereka.

“Kajian IDE mendapati PAS kebanyakannya berkempen di kawasan Melayu dan tidak dijangka mendapat lebih daripada satu peratus undi bukan Melayu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pada masa sama, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang bertanding sebagai calon bebas pula dijangka mengekor rapat dengan memperolehi 10 peratus undi.

Sementara, calon-calon lain dijangka memperolehi hanya satu peratus undi.

“Barisan Nasional tidak meletakkan calon, pada PRK ini walaupun mereka mendapat 30 peratus undi, pada pilihan raya umum (PRU) lalu. 

“Pada PRU lalu, Harapan memenangi kerusi parlimen itu dengan 58 peratus undi,” katanya.

Anwar dicabar enam orang calon lain yang terdiri daripada seorang calon PAS dan lima calon bebas dalam PRK PD yang jatuh pada 13 Oktober.

PRK ini akan membuka laluan untuk Anwar kembali aktif berpolitik selepas mendapat pengampunan diraja bagi Fitnah II terhadapnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72417

Posted by on Oct 11 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE