Anwar: Dr Mahathir tak sama dengan Mugabe

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia untuk merubah negara bersama pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita di luar mahkamah sama ada bekas bosnya itu benar-benar komited dengan agenda Harapan.

“Mahathir sedia untuk berubah dan komited terhadap agenda reformasi.

“Beliau sudah cukup difitnah oleh kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membandingkan Dr Mahathir dengan bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe.

Dr Mahathir dan Mugabe masing-masing berusia 93 tahun dan disifatkan sebagai autoritarian sewaktu memerintah negara masing-masing.

Bezanya kini Mugabe baru sahaja digulingkan tentera negaranya sementara Dr Mahathir kini bergabung tenaga dengan bekas timbalannya Anwar Ibrahim untuk mereformasikan negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71321

Posted by on Feb 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE