Anwar gembira TPM lancar inisiatif antikanser

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong inisiatif untuk menghapuskan ancaman kanser serviks yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menulis menerusi akaun Twitter beliau, Anwar berkata selaku bapa kepada lima orang anak perempuan beliau mengalu-alukan usaha tersebut.

“TPM Dr Wan Azizah melancarkan Project ROSE (Removing Obstacles to Cervical Screening) semalam, yang akan mengesan kanser serviks di peringkat awal.

“Sebagai bapa kepada 5 orang anak perempuan, saya sangat menyokong usaha ini.

“Sebagai pembuat dasar, saya berminat untuk melihat bagaimana kesihatan digitan akan memperbaiki hasil usaha ini,” kata Anwar.

Dr Wan Azizah semalam berkata kanser serviks adalah kanser yang ketiga paling kerap menyerang perempuan di Malaysia selepas kanser payudara dan kanser perut.

Beliau yakin saringan awal kanser serviks menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan membawa manfaat kepada 14,000 perempuan dari golongan berpendapatan rendah B40.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72805

Posted by on Jan 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE