Anwar gembira Umno nafi cuba wujudkan kerajaan Melayu

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim gembira dengan penafian Umno tentang cubaan mewujudkan blok kerajaan berasaskan parti Melayu.

Beliau menzahirkan perasaan tersebut ketika mengulas kenyataan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein yang menafikan cuba membentuk kerajaan dengan memujuk KEADILAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menyertai gabungan mereka bersama PAS.

“(Dapat maklumat) daripada Hishammuddin. Dia pasti tahu. Dia harus nafikan atau sahkan.

“Kalau dia nafikan, itu berita baik,” katanya ringkas di lobi Parlimen hari ini.

Majlis Setiausaha Harapan dalam kenyataan semalam mendakwa Hishammuddin menggerakkan usaha untuk membentuk kerajaan Umno dan PAS tanpa penyertaan DAP dan Amanah .

Di lobi Parlimen hari ini, Hishammuddin menafikan dakwaan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74143

Posted by on Oct 16 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE