Anwar gesa KDN bantu gadis cemerlang akademik tanpa kerakyatan

Walapun terpenjara akibat Fitnah II di Sungai Buloh, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap cakna dengan nasib rakyat yang teraniaya oleh kerajaan.

Dalam kenyataannya, Anwar menggesa Kementerian Dalam Negeri agar segera merungkai kemelut yang menimpa Roisah Abdullah.

Roisah baru saja menerima keputusan STPM minggu lalu dan muncul sebagai pelajar terbaik di sekolahnya dengan 3A dan 1B.

Namun masa depan gadis berusia 20 tahun ini kekal gelap kerana dia bukan berstatus warganegara.

“Walaupun keputusannya cemerlang, Roisah tidak dapat memohon untuk masuk universiti tempatan kerana ketiadaan kewarganegaraan.

“Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti menyelesaikan perkara ini segera bagi membolehkan Roisah memasuki universiti tempatan dan meneruskan kecemerlangan akademiknya.

“Datuk Seri Zahid perlu bertanggungjawab terhadap situasi ini. Beliau perlu memberikannya keutamaan berbanding menghabiskan masa berkempen untuk pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Kisah Roisah mendapat perhatian selepas dibangkitkan Anggota Parlimen Padang Serai N Surendran.

Menurut surat beranaknya, Roisah lahir di sebuah klinik di Klang.

Ibunya warga asing manakala identiti bapanya tidak diketahui. Dia kemudian diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Melayu.

Roisah memang seorang pelajar cemerlang, mendapat semua A dalam PMR dan 7A dan 1B dalam SPM. Dia dapat menduduki kedua-dua peperiksaan selepas banyak kali membuat rayuan.

Dia juga sudah banyak kali membuat permohonan warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) – kali terakhir pada Mac 2013.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71450

Posted by on Mar 12 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE