Anwar gesa kerajaan kaji semula kadar kemiskinan

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim, berkata Putrajaya perlu menyemak semula kadar kemiskinan di Malaysia menggunakan kaedah yang betul susulan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa peratusan kemiskinan di negara ini adalah 15 peratus dan bukan 0.4 peratus seperti laporan pada 2016.

“Saya melihat di mana-mana kampung atau kawasan Felda di Malaysia mempunyai rakyat yang miskin iaitu mereka yang berpendapatan rendah.

“Oleh itu saya berpendapat kadar sebenar kemiskinan di negara ini mungkin lebih tinggi berbanding 0.4 peratus yang dinyatakan kerajaan.

“Saya juga berpendapat bahawa apa yang dikatakan Pelapor Khas Mengenai Kemiskinan Melampau dan Hak Asasi PBB, Prof Philip Alston mendakwa Malaysia mempunyai kadar kemiskinan yang sangat ketara dan kadar sebenar kemiskinannya ialah kira-kira 15 peratus adalah benar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada dialog Digital Native Agenda(DNA23) The Challenges And Way Forwarddi Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Kota Kinabalu malam tadi.

Pada masa sama, Anwar yakin terdapat penyelewengan dalam program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan rejim Umno-BN dahulu.

“Sehingga RM28 bilion setahun disalurkan untuk bantu orang miskin namun ia bocor dan bukan nelayan atau petani pun dapat bantuan…kenapa dia dapat..? Sebab dia ketua cawangan parti berkenaan.

“Oleh itu kita tidak mahu ia berlaku lagi bantuan harus sampai kepada golongan sasar. Kita perlu kenal pasti pelaksanaan, jangan lagi ada rasuah dan masalah ketirisan,” tambahnya.

Ogos lalu, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa situasi kemiskinan di Malaysia jauh lebih buruk daripada yang digambarkan kerajaan.

Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah.

Sebaliknya, kata beliau, kadar kemiskinan yang sebenar di Malaysia adalah kira-kira 15 peratus. 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74025

Posted by on Sep 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE