Anwar gesa RCI forex dihentikan jika tiada siasatan terhadap 1MDB, Felda

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai kerugian urus niaga tukaran matawang asing negara pada 90-an agar menghentikan siasatannya jika tiada RCI sama dilaksanakan terhadap skandal 1MDB dan Felda.

Desakan itu diutarakan Anwar sewaktu hadir sebagai saksi keempat siasatan itu di Putrajaya hari ini.

Beliau menjawab soalan bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mahu tahu jika Kabinet dimaklumkan tentang kerugian tersebut oleh Anwar yang merupakan menteri kewangan pada masa itu.

“Peranan setiausaha agung atau menteri kewangan ialah melaporkan sebarang penyata.

“(Jika anda ingin persoalkan) semua accounting role, jika itu masalahnya, kenapa tidak ambil Felda atau 1MDB? Kami hanya ambil laporan yang diaudit.

“Jangan buat pengecualian dalam kes ini untuk menganiaya sesiapa.Saya boleh terima jika ini SOP kerajaan.

“Jika anda tidak berpuas hati, hubungi juruaudit untuk penjelasan.Kenapa sekarang anda fokus beberapa isu dan mengetepikan yang lain?

“Tolong simpan RCI ini untuk mempastikan integritinya tidak terjejas. Tolong pastikan kita kendalikan secara profesional.

“I rest my case. Terima kasih,” katanya.

Gesaan Anwar itu selari dengan pendapat umum yang hairan dengan tindakan kerajaan menubuhkan RCI tersebut ketika orang ramai kecoh dengan kontroversi wang berbilion RM yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak daripada 1MDB serta skandal kerugian Felda.

RCI forex yang sedang berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya mula bersidang pada 21 Ogos lalu turut dianggotai 5 ahli panel lain selain Sidek.

Mereka adalah turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Tajuddin Atan; pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Saw Choo Boon; akauntan K Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Dr Yusof Ismail.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70473

Posted by on Sep 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE