Anwar hargai Tun M turun berkempen

Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turun berkempen untuknya semalam.

Penghargaan itu dinyatakan Anwar kerana Dr Mahathir diketahui umum tidak berkempen dalam mana-mana PRK sewaktu menjadi perdana menteri sebelum ini dan menyerahkan tugas itu kepada timbalannya.

“Sebagai perdana menteri, beliau tak pernah datang kempen PRK. Bila dia datang sini, saya rasalah kasih yang terbekam dulu semarak semula.

“Saya tahu dia tegas walaupun nampak selalu senyum dan sikapnya juga keras. Bila dia ambil keputusan, ia selepas mengambil kira pelbagai perkara.

“Untuk semua itu, saya berikan penghormatan saya kepada anda Dr Mahathir,” ujarnya.

Anwar berkata demikian pada Ceramah Mega Mahathir-Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di Waterfront, Port Dickson, malam tadi.

Anwar dalam ucapannya secara terbuka memperakui kelayakan Dr Mahathir dalam memimpin negara.

“Dalam keadaan sekarang lebih baik Dr Mahathir pimpin negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas.

“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang, saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia,” katanya.

“Saya bertemu semula Dr Mahathir selepas 18 tahun di penjara. Saya terkesan seorang negarawan dapat tinggalkan semua demi tekad membantu negara dan rakyat.

“Tak ramai pemimpin dan negarawan dunia mempunyai ketokohan seperti Dr Mahathir,” katanya lagi.

Anwar kini bertanding dalam PRK Port Dickson menentang seorang calon PAS dan lima orang calon bebas.

Undi awal berlangsung hari ini dan proses membuang undi akan berlangsung pada Sabtu, 13 Oktober.

PRK ini sekaligus menyediakan Anwar untuk proses peralihan kuasa daripada Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia yang kelapan.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72404

Posted by on Oct 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE