Anwar institusi penting dalam KEADILAN’

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja ketua umum KEADILAN tetapi beliau dianggap sebagai satu institusi dalam parti tersebut. 

Pandangan itu dilontarkan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Dalam KEADILAN, kita menganggap kedudukan Anwar bukan saja Anwar (sebagai salah seorang pemimpin), tetapi sebagai satu institusi penting.

“Bermakna, pemikiran Anwar, asuhannya, amanatnya, dan visinya sangat dekat kepada kami,” katanya memetik wawancara bersama Malaysiakini.

Kata Saifuddin visi Anwar didokong oleh parti walaupun beliau menghabiskan sepuluh tahun dalam penjara kerana Fitnah I dan II sebelum ini.

“Sepuluh tahun dia dalam penjara tetapi KEADILAN tetap hidup,” katanya.

Kedudukan Anwar dalam KEADILAN kini menjadi perbincangan pemerhati politik apabila beliau layak memegang jawatan politik selepas mendapat pengampunan penuh daripada Yang di Pertuan Agong.

Pakatan Harapan mengusulkan pengampunan tersebut kepada Istana Negara sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71990

Posted by on Jul 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE