Anwar jalani rawatan susulan di Cheras

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar kini dipindahkan ke Pusat Rehabilitasi Cheras untuk rawatan susulan selepas menjalani pembedahan bahu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 November lalu.

Perkara itu diumumkan Presiden Pakatan Harapan merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi Facebook.

“DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipindahkan dari HKL ke Hospital Rehabilitasi Cheras untuk rawatan susulan.

“Semoga Allah berikan kesembuhan kepada beliau. Terima kasih atas doa teman-teman dan rakan taulan. Alhamdulillah,” katanya.

Anwar sebelum ini dibedah selepas konvoi kereta rombongan yang memindahkan beliau dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh terlibat kemalangan jalan pada 22 September.

Beliau dalam perjalanan ke penjara selepas mengalami tekanan darah rendah pada 19 September.

Kemalangan tersebut memburukkan kecederaan bahu Anwar sehingga beliau perlu dibedah bagi mengurangkan kesakitan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70789

Posted by on Nov 29 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE