Anwar: Jangan pandang rendah ancaman perkauman

Ketua Umum Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak memandang rendah ancaman api perkauman sewaktu negara sedang mengalami Reformasi di bawah kerajaan baharu.

Menurut presiden KEADILAN itu, persengketaan kaum mampu merencatkan usaha untuk memulihkan Malaysia.

“Harus diingatkan bahawa masalah hubungan antara kaum dan agama di negara ini dilihat semakin meruncing tatkala Pakatan Harapan sedang menjelmakan perubahan dan reformasi yang didambakan.

“Ancaman api perkauman dan kejumudan tidak harus dipandang enteng dan dikesampingkan, malah jika dibiar ia mampu meroboh segala usaha dalam meletakkan negara ini kembali ke landasannya,” kata Anwar dalam perutusan khas sempena setahun pentadbiran Harapan.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, pelbagai perkara perlu dilunaskan agar pencapaian yang dijanjikan dapat dilaksana untuk meletakkan Malaysia kembali kepada zaman kegemilangan dahulu.

Perkara yang paling mustahak, katanya, adalah memperbaiki ekonomi rakyat dengan polisi-polisi yang berpihak kepada mereka.

“Daya usaha Pakatan Harapan dalam menggagas reformasi juga harus dimaknai dengan dasar-dasar ekonomi yang mengangkat dan membebaskan masyarakat.

“Tidak dinafikan juga masih banyak lagi yang perlu dilunaskan dan diselenggara supaya negara ini akan kembali dihormati dunia, katanya lagi.

Tanggal 9 Mei 2019 menyaksikan genapnya setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan setelah mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Peralihan kuasa tersebut berlaku selepas Harapan menewaskan gabungan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini mentadbir Malaysia selama lebih 60 tahun.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73432

Posted by on May 9 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE