Anwar: Jawatan lantikan akan dirunding

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lantikan untuk jawatan tertinggi parti akan dilakukan secara rundingan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawatan seperti setiausaha agung dan naib presiden.

“Tiada kesegeraan kerana proses ini akan dirundingkan.

“Dalam proses rundingan tidak perlu terburu-buru, dengar semua pandangan,” katanya ketika menjawab soalan wartawan hari ini.

Namun, beliau mengiyakan pertanyaan wartawan yang bertanya jika keputusan itu akan dibuat sebelum tahun depan.

Menurut perlembagaan KEADILAN, presiden mempunyai hak melantik dua naib presiden, lima anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), setiausaha agung, bendahari, ketua penerangan dan 14 pengerusi negeri.

Anwar yang diangkat sebagai ketua umum KEADILAN selama 20 tahun sebelum ini menang jawatan presiden tanpa dicabar.

Bekas presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini mempengerusikan satu majlis penasihat KEADILAN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72638

Posted by on Nov 29 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE