Anwar jumpa Sultan Brunei

Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim bertemu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bagi membincangkan pendekatan untuk mengukuhkan kerjasama antara dua negara.

“Hari ini mengadap Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah selama satu jam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

“Baginda dan saya menyentuh usaha meningkatkan kerjasama dua negara sahabat, dan menyatakan keperluan memahami perkembangan terkini kedua-dua negara.

“Usaha dan upaya meningkatkan mutu pendidikan juga turut diketengah dan dibincangkan,” katanya menerusi akaun Twitter beliau semalam.

5 Mac lalu, Perdana Menteri Ddr Mahathir Mohamad turut bertemu Sultan Hassanal dan kedua-dua pihak berpuas hati dengan kerjasama antara Petronas dan PetroleumBrunei.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73328

Posted by on Apr 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE