Anwar: Kekalahan di Rantau satu peringatan

Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim optimis Pakatan Harapan akan kembali mendapat sokongan rakyat selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

Katanya, kekalahan itu wajar diteladani sebagai satu peringatan agar lebih cakna dengan kebimbangan rakyat.

“Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan Harapan untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, keputusan PRK Rantau yang diumumkan malam ini harus dihormati.

“Pakatan Harapan dan KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Mohamad Hasan (calon BN).

“Terima kasih juga kepada jentera KEADILAN serta parti komponen Harapan yang lain kerana berjaya menunjukkan kematangan dan contoh baik ketika sesi kempen,” tambahnya lagi.

Pada jam 8.45 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN Mohamad Hasan menang secara rasmi dengan memperoleh 10,379 undi, mengalahkan calon Harapan Dr S Streram dengan 5,887 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73313

Posted by on Apr 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE