Anwar: Keluar mengundi walaupun PRK

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Seri Setia agar keluar mengundi Pakatan Harapan beramai-ramai Isnin depan walaupun Selangor kini terjamin di bawah gabungan itu.

Menurut Anwar, beliau memerlukan tahap sokongan yang sama daripada orang ramai apabila beliau akan melangkah ke Parlimen secara rasmi kelak.

“Saya minta kawan-kawan bagi sokongan supaya kerajaan negeri Selangor kuat.

“Lepas pilihan raya ini, 8 hari bulan, Balakong dan Seri Setia, kena tolong saya pula. Saya pula nak bertanding tempat lain pula.

“Boleh tolongkah saya?” tanya Anwar disambut sorakan oleh hadirin ceramah di Desa Mentari malam tadi.

Pilihan raya kecil Isnin ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Harapan, Halimey Abu Bakar dan calon PAS Dr Halimah Ali.

Pada PRU14, Shaharuddin memenangi kerusi itu dengan majoriti 19,372 dalam pertandingan empat penjuru menentang Yusoff M Haniff (BN), Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon bebas S Vigneswaran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72289

Posted by on Sep 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE