Anwar: Kemaskini sukatan pelajaran universiti

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar sukatan pelajaran di universiti awam dikemaskini dengan segera bagi memastikan jurang antara bidang akademik dan industri tidak ketinggalan jauh.

Menurutnya, ia mustahak dilakukan apabila mengambil kira Digital Native Agenda (DNA23) yang dilancarkannya baru-baru ini untuk menjadi platform yang menghapuskan jurang golongan kelas atasan, pertengahan dan bawahan.

“Universiti dalam bidang berkenaan perlu segera memperbaiki silibus dan tidak menunggu lebih lama.

“Kurikulum itu sebenarnya diperkenalkan di universiti, masih 3 tahun ketinggalan berbanding dengan tuntutan industri.

“Maknanya anak-anak kita lulusan IT di universiti tempatan akan dapat pekerjaan tetapi tidak mendapat jawatan tinggi terutama menjadi ‘programmer’ yang berkesan,” katanya sewaktu berbahas di Dewan Rakyat semalam.

“DNA23 memberikan kesedaran meluas di kalangan rakyat, keperluan kita bahawa digital ekonomi itu adalah tuntutan zaman yang sangat mendesak.

“Tuntutan ini kerana dengan artificial intelligence (AI), big data dan robotic, kalau kita tak mengejar kita akan ketinggalan,” katanya.

DNA23 adalah cetusan daripada isu-isu digital yang dimajukan kepada Anwar dan pada masa sama bertujuan memperkasakan pihak-pihak berkepentingan dalam landskap digital negara.

Agenda ini mempunyai tiga teras utama iaitu kemakmuran dan kebahagiaan (prosperity and happiness), persediaan masa depan (future-proofing) serta etika dan budaya (ethics and culture).

Tiga teras utama ini pula dipecahkan kepada sembilan teras kecil iaitu masa depan sosio-ekonomi yang segar, pengagihan peluang yang adil, persepsi positif terhadap negara, pembinaan kapasiti, pembangunan modal insan, urus tadbir yang telus, hak agama dan budaya, perpaduan dan harmoni, dan dialog yang berasaskan fakta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73123

Posted by on Mar 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE