‘Anwar sebagai presiden kembalikan roh demokrasi’

Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman menggesa agar Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar untuk jawatan presiden parti dalam pemilihan akan datang.

Syed Badli percaya Anwar sebagai presiden KEADILAN akan mampu meniup semula ‘roh Reformasi’ ke dalam parti.

“Walaupun KEADILAN sebuah parti demokrasi, namun sebagai menghargai dan menghormati pengorbanan Anwar, wajarlah setiap pendukung Keadilan mengangkat Anwar di kerusi presiden tanpa dicabar.

“Ketamakan dan kemabukan kuasa menyebabkan segelintir yang diberikan tanggungjawab menjadi alpa untuk meneruskan agenda reformasi.

“Lebih parah lagi apabila ramai pejuang reformasi yang tegar berjuang sekian lama, akhirnya dikesampingkan.

“Justeru sudah tiba masanya Anwar mengemudi parti sebagai presiden demi memartabatkan semula agenda reformasi,” kenyataan beliau dipetik.

Yakin bahawa langkah itu juga akan memperkukuhkan Pakatan Harapan, Syed Badli turut optimis bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berlapang dada.

“Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding posisi presien Parti Keadilan Rakyat pada pemilihan parti yang akan datang dijangka mampu mengembalikan roh reformasi yang kian menghilang.

“Saya percaya ibunda reformasi Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail yang selama ini telah berkorban sepenuh daya mempertahankan agenda reformasi juga akan memberikan laluan kepada Anwar,” katanya lagi.

Anwar minggu lepas sah akan masuk ke gelanggang pemilihan apabila menawarkan diri untuk jawatan presiden KEADILAN.

Tawaran itu dibuatnya selepas beliau layak aktif dalam politik selepas diampunkan kerana sabitan Fitnah II.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72025

Posted by on Jul 18 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE