Anwar kempen di PRK Cameron Highlands

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dijadual hadir di Jelai pada 23 Januari akan datang bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan M Manogaran.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fuziah Salleh.

“Kita seluruh jentera PH akan beri timpuan di Jelai. Sebabnya hari ni (17 Jan) Anwar Ibrahim akan berada di sini juga beri tumpuan di DUN Jelai.

“Tun M 25 Januari di sini kerana ini adalah kerusi DUN adalah BN. Di Tanah Rata adalah kekuatan kita di sana. (Jadi) kita akan beri fokus di sini,” katanya pada sidang media di bilik gerakan di Felda Sungai Koyan 3.

Harapan meletakkan calon DAP bertanding di kerusi ini iaitu M Manogaran dengan pertembungan emoat penjuru antara calon BN dan dua calon Bebas.

Kerusi Cameron Highlands disytiharkan kosong susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan 9 Mei tahun lalu kerana amalan rasuah yang menyumbang kepada kemenangan BN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72815

Posted by on Jan 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE