Anwar ketuai perundingan reformasi Parlimen

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik untuk mempengerusikan satu jawatankusa perundingan reformasi Parlimen.

Dikenali sebagai kokus reformasi dan tadbir urus, jawatankuasa itu memiliki 12 anggota keseluruhannya, merangkumi empat anggota daripada anggota parlimen pembangkang.

MP Iskandar Puteri daripada DAP, Lim Kit Siang dipilih sebagai timbalan pengerusi kokus.

Anggota-anggota lain perundingan itu adalah Hanipa Maidin (MP Sepang), Datuk Deri Mustapa Mohamed (MP Jeli), Datuk Johari Abdul (MP Sungai Petani), Dr Santhara Kumar (MP Segamat), Maria Chin Abdullah (MP Petaling Jaya), dan Mamun Sulaiman (MP Kalabakan).

Anggota dari blok pembangkang pula adalah Datuk Seri Azalina Othman Said (MP Pengerang), Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (MP Santubong), dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (MP Kubang Kerian).

Pelantikan Anwar ini adalah selari dengan janji beliau untuk mereformasikan Parlimen yang dinyatakannya sebaik sahaja mendapat pengampunan daripada Fitnah II selepas Pakatan Harapan menumbangkan rejim Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72652

Posted by on Dec 4 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE