Anwar: Kuasai BM dahulu

Bahasa Malaysia perlu diberikan tumpuan terlebih dahulu berbanding isu pengajaran Jawi atau khat, kata Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim.

Selepas perkara tersebut dilaksanakan, barulah isu penguasaan bahasa lain boleh difikirkan.

“Kita tidak boleh mempersoalkan status Bahasa Malaysia. Penting untuk menegakkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.

“Selepas itu, jika mahu, kita boleh perbaiki pengunaan bahasa-bahasa lain jika dibenarkan secara adil.

“Dengan itu isu-isu lain yang lebih kecil, seperti khat dan Jawi, menjadi remeh,” kata anggota Parlimen Port Dickson itu selepas menyampaikan ucapan di Konvensyen Motivator Profesional Malaysia di Shah Alam hari ini.

Menurut Anwar, tidak ada tolak ansur dalam penguasaan bahasa kebangsaan itu..

“Saya tidak kata yang saya tidak sokong. Bagi saya, keutamaan adalah untuk mengukuhkan penguasaan bahasa.

“Tidak ada kompromi mengenai perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan bercadang untuk memperkenalkan enam halaman pelajaran Jawi di dalam buku teks Tahun 4 Bahasa Malaysia sekolah vernakular.

Kementerian kemudian menghadkan pengenalan tulisan itu kepada tiga muka surat sahaja dan menjadikannya pelajaran pilihan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73902

Posted by on Aug 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE