Anwar-Mahathir bincang soal kerjasama selamatkan krisis ekonomi negara

(Oleh Fiza Abd Halim)

KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim mahu semua parti Pembangkang duduk berbincang dan bekerjasama bagi menyelamatkan negara daripada krisis ekonomi yang meruncing serta mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur.

yus_1053Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung intipati pertemuannya selama 45 minit bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Pertama soal mahkamah, kedua soal kerjasama tentang pilihan raya, begitu juga (perkara sama juga dibincangkan) dengan (Presiden Bersatu) (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).

“Saya minta Bersatu bersama Pakatan Harapan berbincang, begitu juga berbincang dengan PAS dan NGO lain,” kata Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kehadiran Anwar di mahkamah hari ini bagi isu permohonan sentuhan fizikal antara beliau dengan ahli keluarganya ketika berjumpa di penjara.

Terdahulu, Mahathir pada pertemuan kali kedua dengan Anwar minggu lalu menyatakan mereka komited untuk mengukuhkan Pembangkang.

Sementara itu, mahkamah menetapkan keputusan sama ada Anwar dibenar bersentuhan dengan keluarganya pada 7 Mac ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69768

Posted by on Feb 14 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE