Anwar mahu Internet di PD ditambahbaik

Calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar untuk memperbaiki kemudahan akses internet di daerah pelancongan tersebut.

Ikon Reformasi itu berkata, program tuisyen dalam talian yang dilancarkannya tidak akan dapat digunakan dengan baik sekiranya kualiti jaringan internet di Port Dickson masih belum memuaskan.

Anwar telah menghubungi Menteri Komunikasi dan Media, Gobind Singh Deo dan meminta Gobind untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Baru-baru ini saya baru lancarkan tuisyen percuma dalam talian yang boleh diakses menerusi ‘pdtuition.com’, menawarkan pembelajaran semua subjek dari darjah satu hingga tingkatan lima yang diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

“Tetapi masalah sekarang kawasan ini kurang mendapat akses kepada internet sebab itu menelefon Gobind dan beliau telah pun datang bagi melihat bagaimana masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, akses internet yang akan dibuat di beberapa kawasan PD itu tidak boleh diumumkan ketika ini kerana bimbang disalah erti pihak lain yang mungkin menganggapnya sebagai taktik meraih undi.

“Dia tidak boleh umum sekarang sebab kalau dia umum orang akan kata kita beli undi.

“Tetapi usaha ini adalah untuk menjayakn program tuisyen tersebut. Iyelah apa guna buat program secara atas talian tetapi masalah internet masih tidak diselesaikan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72400

Posted by on Oct 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE