Anwar mahu jadikan PD kampung halamannya

Calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim teruja dengan penerimaan pengundi di situ terhadap kempen beliau yang memasuki hari ketujuh.

Beliau berazam untuk menjadikan Port Dickson sebagai ‘kampung beliau’ sendiri.

“Saya mahu jadikan Port Dickson sebagai kampung halaman saya sendiri, jadi kawan-kawan daripada orang Melayu, Cina, India yang saya tengok sambutan dari zahirnya saya cukup terkesan sebab mereka baik sangat.

“Saya dalam politik ini tidak suka formal sangat, saya lebih suka orang terima saya sebagai ahli keluarga dan saya tengok semangat kekeluargaan itu ada di Port Dickson,” katanya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Usahawan Desa dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, di Port Dickson hari ini.

Beliau juga gembira apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun ke Port Dickson bagi berkempen untuknya pada 8 Oktober ini.

“Ia penting sebab Tun Dr Mahathir ini sebagai perdana menteri daripada dulu saya ingat, saya sebagai timbalan perdana menteri, dia tidak pergi berkempen pilihan raya kecil.

“Kalau ada pilihan raya kecil dia serah kepada orang bawahannya daripada timbalan perdana menteri sehingga pemimpin bawah yang akan pergi kempen dan dia tumpu (kepada negara),” katanya.

Anwar berkata, kehadiran Dr Mahathir itu dilihat akan memberi semangat kepada pengundi Port Dickson untuk menyokong calon Harapan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72398

Posted by on Oct 5 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE