Anwar mahu KDN siasat dakwaan Wan Ji dipukul

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menyiasat dakwaan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin dipukul ketika ditahan di Penjara Kajang.

“Saya percaya Wan Ji punya wibawa untuk tidak mengada-adakan fakta.

“Jadi wajar pihak yang berwajib dalam hal ini Penjara Kajang harus siasat dan saya percaya menteri dalam negeri akan ambil tindakan supaya siasatan itu dibuat,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Wan Ji dipukul dalam tahanan.

Wan Ji pada Ahad lalu mendakwa beliau dipukul oleh seorang warden penjara ketika ditahan di Penjara Kajang.

Wan Ji mendakwa warden berkenaan memintanya menanggalkan cermin mata sebelum menumbuknya sebanyak tiga kali selepas beliau memperkenalkan diri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73771

Posted by on Jul 16 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE