Anwar: Morsi komited melawan kezaliman di Mesir

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkesan dengan pemergian mantan presiden Mesir, Mohamed Morsi yang meninggal dunia semalam.

Ketua umum Pakatan Harapan itu mengenang Morsi sebagai presiden demokratik pertama Mesir selepas revolusi rakyat yang dikenali sebagai ‘Musim Salju Arab’ pada 2011.

“Meski terdapat kesempatan singkat sebagai presiden Mesir sebelum digulingkan tentera pimpinan Abdel Fatah al Sisi, Mohammed Morsi ternyata punyai komitmen yang bukan kecil dalam memungkinkan perubahan yang didambakan warga Mesir setelah puluhan tahun dicengkam oleh persekitaran yang zalim dan bobrok.

“Pemergian beliau ternyata akan meninggalkan dampak besar, bukan sahaja pada warga Mesir, malah umat juga.

“Saya titipkan ucapan takziah buat keluarga, pimpinan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan warga Mesir atas peristiwa yang penuh duka ini,” kenyataan Anwar dipetik.

Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Kaherah semalam selepas rebah pada sesi penutup perbicaraan di mahkamah.

Beliau dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.

Namun, beliau kemudian digulingkan selepas protes besar-besaran dan rampasan kuasa tentera pada Julai 2013.

Sempat berbakti selama setahun sahaja, gerakan politik Islam Ikhwanul Muslimin yang dipimpin Morsi, 67, juga diharamkan rejim tentera Mesir.

Morsi yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis serta penyakit hati dan buah pinggang dilaporkan tidak menerima rawatan perubatan sewaktu dipenjarakan rejim tentera.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73625

Posted by on Jun 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE