Anwar mula reformasi Parlimen

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula mengorak langkah untuk melakukan reformasi Parlimen seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum ini.

Bercakap pada sidang akhbar di Parlimen selepas majlis mengangkat sumpah pagi tadi, Anwar berkata langkah itu akan dimulakan bersama Speaker Dewan Rakyat dan anggota Parlimen kanan.

“Tugas saya seperti mana didukung speaker, bersama-sama dengan ahli Parlimen kanan seperti Lim Kit Siang adalah menjana beberapa perubahan selari dengan gesaan yang dibuat dan diperaku dalam manifesto HARAPAN.

“Tugas kita juga untuk memantapkan perjalanan Parlimen dan menyokong kerajaan sekarang di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Menurutnya, beberapa jawatankuasa pemilih akan ditubuhkan untuk tujuan itu, selaras dengan manifesto Harapan sebelum ini.

Sementara itu, Anwar menjelaskan jawatan ahli Parlimen yang baru dimenanginya tidak akan digunakan untuk menyertai Kabinet sedia ada.

“Saya sebagai penyokong kerja lebih relaks, saya nak cakap apa pun boleh. Kedudukan formal akan beri kekangan kepada saya,” katanya.

Anwar hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Anwar memenangi pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson, Sabtu lepas dengan majoriti besar 23,560 undi mengalahkan enam calon lain.

Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil pada 13 Oktober lalu dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU ke-14.

Anwar memperoleh 31,016 undi manakala pencabar terdekatnya, Mohd Nazari Mokhtar dari PAS meraih 7,456 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72438

Posted by on Oct 15 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE