Anwar: Najib tak perlu dolak-dalik, segerakan bayar royalti

(Oleh Mohd Martin Kahar)

PETALING JAYA 10 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdolak dalik kononnya mahu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji isu itu.

“Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, sudah tiba masanya Petronas mempertimbangkan pengagihan royalti yang seimbang berdasarkan projek pendaratan minyak.

Beliau berkata, pengagihan royalti yang seimbang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri yang terbabit.

Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Najib bagi mengkaji isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.

Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34286

Posted by on Aug 9 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE