Anwar OK Tun M jadi menteri pendidikan

Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi menteri pendidikan tidak bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan, kata Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dilapor berkata demikian sewaktu mengulas kritikan orang ramai yang menganggap Harapan memungkiri manifestonya apabila Dr Mahathir memegang dua jawatan.

“Saya tidak fikir ia bertentangan (dengan manifesto). Sefaham saya, perdana menteri bukanlah satu portfolio.

“Perdana menteri mentadbir negara secara umum, begitu juga timbalan perdana menteri.

“Ini bukan portfolio,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star hari ini.

Akhbar sama juga melaporkan Anwar menganggap perkara itu bukan masalah kerana Dr Mahathir tidak memegang jawatan menteri kewangan.

Janji ke-12 dalam manifesto Pakatan Harapan menyebut perdana menteri tidak boleh memegang jawatan kementerian, terutamanya menteri kewangan.

Ikrar itu itu dibuat selepas perdana menteri terdahulu Datuk Seri Najib Razak dilihat mempunyai kuasa yang terlalu besar apabila membolot kedua-dua jawatan itu untuk dirinya sendiri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71788

Posted by on May 18 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE