Anwar: PAS cuba tutup skandal RM90 juta dengan konspirasi politik

Permainan politik PAS yang cuba menutup siasatan RM90 juta wang 1MDB yang mengalir kepada mereka menerusi Umno amat jelas pada mata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk dakwaan konspirasi pengkhianatan terhadap perdana menteri yang dibangkitkan PAS selepas mereka bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad dan berjanji menyokongnya atas nama Islam dan Melayu.

Menurut anggota Parlimen itu, rakyat kini lebih mementingkan isu kos sara hidup berbanding cerita tipu muslihat politik yang dijaja PAS.

“Setiap kali saya bercakap dengan orang-orang di akar umbi, masalahnya adalah kos hidup dan tadbir urus.

“Amat sedikit yang peduli dengan komplot politik sewaktu mereka perlu mengikat perut,” katanya menerusi Twitter.

Ciapan itu dibuat Anwar sewaktu beliau mengulang ciap laporan The Star tentang penafiannya terhadap dakwaan PAS itu.

Ketua Umum Pakatan Harapan itu juga mengingatkan bahawa rakyat lebih gemar jika ahli politik menumpukan usaha membaiki ekonomi.

“Rakyat di akar umbi lebih suka ahli politik fokus untuk meningkatkan ekonomi dan keadaan negara,” katanya lagi.

PAS terpalit dengan skandal khianat kepada sekutu mereka, Umno, apabila bertemu Dr Mahathir dan berjanji tidak menyokong Umno dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih.

PAS kemudian mengeluarkan kenyataan susulan bahawa sokongan itu dibuat atas dasar Islam dan Melayu jika ada sekutu Parti Peribumi Malaysia Malaysia (Bersatu) khianat kepada gagasan Pakatan Harapan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72952

Posted by on Feb 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE