Anwar: Pembebasan babak baharu perjuangan

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diampun dan dibebaskan dari penjara hari ini tidak menunggu lama untuk memperbaiki negara.

Dalam sidang media sulungnya di kediaman beliau, Anwar berkata pembebasan ini adalah satu lagi episod perjuangan beliau untuk negara.

“Pembebasan ini adalah usaha perjuangan rakyat dan permulaan babak baharu dalam negara.

“Saya telah dibersihkan daripada semua tuduhan dan kesalahan sebelum ini,” katanya.

Anwar dibebaskan tengahari tadi selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong daripada Fitnah II rekaan rejim Umno BN.

Beliau bebas sebulan lebih awal daripada tarikh sebenar iaitu 8 Jun 2018.

Sementara itu, Anwar turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membantu dalam proses mendapatkan pengampunannya.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir dan berjanji akan membantu pentadbiran sebagai rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71776

Posted by on May 16 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE