Anwar puas hati sokong pindaan Perlembagaan

Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim berpuas hati dengan Rang Undang-undang Persekutuan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan perdana menteri semalam walaupun ia gagal disokong dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Bercakap pada ceramah di Rantau semalam, Anwar menjelaskan bahawa pindaan itu adalah antara janji dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya puas hati, saya bangun tadi sokong usul Tun Dr Mahathir bagi pihak PH kerana kita janji, dan kita tunaikan,” katanya.

RUU tersebut dibentang dan dibahaskan hampir tujuh jam semalam oleh Dr Mahathir bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963.

Ia tidak dapat diteruskan selepas dibentangkan buat kali kedua semalam kerana hanya 138 anggota Parlimen menyokong pindaan Perlembagaan itu, tiada yang menolak dan 59 pula tidak mengundi dalam undi belah bahagi.

Mengulas perkara itu, Anwar kesal apabila gagasan itu tidak disokong pembangkang.

“Umno dan BN dia tak bantah juga, tapi tak undi juga, dia berkecuali, dia bagi alasan dia, tak apalah, tetapi kita tengok undang-undang jelas” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73276

Posted by on Apr 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE