Anwar: Rakyat ‘pindahkan’ revolusi ke peti undi

Kebijaksanaan dan keberanian rakyat berjaya membantu penukaran rejim pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, perjuangan selama 20 tahun gerakan Reformasi juga membuktikan bahawa pendekatan secara positif juga mampu membawa perubahan.

“Anda berikan rakyat maklumat dan harapan dan akhir sekali mereka akan bersama pihak anda.

“Suatu revolusi yang dipindahkan ke peti undi. Ini adalah sesuatu yang menakjubkan dalam demokrasi,” katanya dalam wawancara dengan The Washington Post.

Ketua umum Pakatan Harapan itu berkata, kerajaan akan berwaspada dalam melakukan perubahan namun pada masa sama negara perlu terus maju ke hadapan.

“Kita perlu berwaspada, namun kita perlu maju. Kita sama sekali tidak akan kembali ke cara lama,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71863

Posted by on Jun 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE