Anwar rasa hukuman pada Wan Ji terlalu keras

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim berpendapat hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadap pendakwah Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan ‘terlalu keras’.

“Ia (pemenjaraan Wan Ji) malang, saya bersimpati.

“Saya fikir hukuman itu terlalu keras.

“Ini bukan sesuatu yang selari dengan peralihan demokratik,” katanya ketika ditemui selepas forum organisasi antarabangsa World Movement for Democracy di Kuala Lumpur semalam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak rayuan Wan Ji terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana menghasut terhadap Sultan Selangor tujuh tahun lalu.

Mahkamah turut menambah hukuman penjara terhadap Wan Ji, dari sembilan bulan kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Keputusan itu mengundang kritikan daripada aktivis undang-undang Syahredzan Johan yang mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara merayu untuk menambah hukuman terhadap Wan Ji.

Pada 2014, Wan Ji disabitkan bersalah di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung kiriman di Facebook berhubung Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun hukumannya ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Peguam Wan Ji memohon penangguhan hukuman dan memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73736

Posted by on Jul 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE