Anwar: Reformasi tak berakhir bila Mahathir atau Anwar jadi PM

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mengingatkan penggerak dan penyokong parti bahawa perjuangan Reformasi tidak terhenti apabila beliau atau Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Perjuangan ini menuntut keikhlasan para pejuang untuk melaksanakan kata-kata mereka.

“Dan ini tidak berakhir dengan Tun Mahathir atau Anwar jadi perdana menteri tetapi, saya yakin saya akan teruskan dengan lebih pesat lagi dan ini saya memerlukan sokongan bulat,” kata Anwar sewaktu berucap pada forum ‘Kerajaan Baru: Adakah Naratifnya Baru’ di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Anwar, perjuangan Reformasi menuntut cara kerja lama dalam pentadbiran negara diubah sepenuhnya.

“Apakah itu Reformasi? Reformasi itu bawa perubahan sedaya upaya kita. Itu ada dalam Quran.

“Apakah kita lakukan sedaya upaya kita? Ini persoalan kita kerana saya yakin kalau kita lakukan sedaya upaya kita, lempar dan musnahkan cara lama, keangkuhan dan penindasan lama, maka saya yakin kita akan dapat bawa perubahan.

“Inilah kerja kita sekarang,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada hadirin forum.

Pada masa sama kata Anwar, KEADILAN perlu berwaspada dengan golongan yang cuba mengambil kesempatan daripada perjuangan lama yang kini sudah membuahkan hasil kepada negara.

“Jangan bagi menyusup masuk orang yang tidak kenal erti perjuangan. Kena pula dengan orang yang lihat parti ini untuk menangi dan rebut jawatan.

“Penyusupan ini yang kita harus waspada kerana parti ini tegak atas nilai. Parti ini bukan tegak atas nama parti.

“Kita sebenarnya menongkah arus.

Orang kata tak mungkin tegak satu parti berbilang kaum di negara kita, kita tegakkan,” kata Anwar.

Menurut Anwar, walaupun tiada jawatan dalam kerajaan, beliau komited untuk membasmi kemiskinan menerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen yang dipengerusikannya.

Kaukus tersebut yang ditubuhkan pada 4 Disember 2018 menganjurkan seminar membincangkan kemiskinan merentasi kaum pada Oktober baru-baru ini.

Turut hadir pada forum anjuran Akademi ARK semalam adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, Fuziah Salleh dan penganalisis politik Universiti Malaya, Dr Awang Azman Pawi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74156

Posted by on Oct 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE