Anwar: Rombakan Kabinet hanya khabar angin

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlangsung selepas sambutan Tahun Baharu Cina sebagai satu usaha untuk mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan Pakatan Harapan.

Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson itu berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri semalam menggesa agar khabar angin itu tidak diberikan perhatian.

“Tun Mahathir pun dah jelaskan tidak perlu layan khabar angin ini, saya pun ada berjumpa dengan Datuk Seri Azmin Ali selepas pembedahan.

“Keadaan semua baik, perkara ini tidak berbangkit pun oleh sesiapa. Ia sengaja dihangatkan untuk menimbulkan ketegangan,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada pembukaan Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Semasa dan Reformasi Masyarakat di Kuala Lumpur malam tadi, lapor Bernama.

Desas-desus tersebut bertiup kencang apabila prestasi sesetengah menteri Pakatan Harapan dilihat kurang memberangsangkan berdasarkan laporan media.

Desas-desus itu juga semakin hangat dibicarakan apabila Anwar sendiri kembali aktif secara rasmi dalam politik apabila dipilih sebagai wakil rakyat Port Dickson selepas mendapat pengampunan diraja.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72890

Posted by on Feb 7 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE