Anwar selamat dibedah

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan pada bahu kanannya tengahari semalam.

Pembedahan yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur bermula pada 9 pagi dan seleaai pada kira-kira 1.30 petang.

Anak lelaki Anwar, Mohd Ihsan Anwar membacakan kenyataan mengenai keadaan terkini bapanya itu dalam satu rakaman video yang disiarkan menerusi akaun Facebook Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Teman-teman yang prihatin beserta cucu-cucu ayah harap bersabar kerana para doktor menasihatkan agar tiada pelawat lain dibenarkan untuk mengelakkan jangkitan.

“Beliau kini telah sedar sepenuhnya walaupun masih dalam keadaan sakit, namun responsif dan ditempatkan di unit rawatan rapi,” katanya.

Ihsan turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Anwar.

“Pemenjaraan ayahanda kami selaku tahanan politik menjadikan kecederaan bahu beliau lebih kronik, ditambah dengan kemalangan sewaktu beliau dalam jagaan pihak berkuasa lebih sebulan lepas.

“Kami juga memohon agar semua teman-teman yang dihormati terus mendoakan pemulihan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Sebelum ini, konvoi kereta rombongan yang memindahkan Anwar dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh terlibat kemalangan jalan pada 22 September.

Beliau dalam perjalanan ke penjara selepas mengalami tekanan darah rendah pada 19 September.

Kemalangan tersebut memburukkan kecederaan bahu Anwar sehingga beliau perlu dibedah bagi mengurangkan kesakitan.

Susulan kejadian itu, Pakatan Harapan menggesa Putrajaya agar menyiasat kemalangan jalan raya tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70769

Posted by on Nov 13 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE