Anwar serah polis siasat ugutan fitnah

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim percaya polis akan menyiasat ugutan yang diterimanya dan bertindak sewajarnya terhadap penulis manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’.

Anggota Parlimen Port Dickson itu turut mengesahkan diugut dan diminta membayar RM400,000 jika enggan buku itu diterbitkan.

“Saya bagi polis habis siasat, sebab dia (penulis) ugut kalau tak bayar RM400,000, dia ‘publish’ (terbitkan buku itu),” katanya ketika ditemui selepas majlis Jamuan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC), di Petaling Jaya semalam.

Anwar berkata satu laporan polis dibuat Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Johari Abdul terhadap penulis berkenaan, yang dipercayai merupakan penulis upahan.

“Orang yang jadi penulis picisan ini dibayar, diupah dan (sudah tiba) masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan yang wajar,” katanya.

Anggita Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul semalam berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis manuskrip buku tersebut kerana mengandungi fitnah dan tohmahan terhadap Anwar.

Beliau menerima manuskrip buku itu daripada penulis menggunakan nama Yahya Ismail yang mahukan bayaran lebih tinggi daripada pihak yang mengupahnya untuk menulis buku itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73645

Posted by on Jun 20 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE