Anwar serah siasatan video pada polis

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menyerahkan sepenuhnya isu video sumbang yang melibatkan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz untuk disiasat polis.

Anggota Parlimen Port Dickson itu yakin penjelasan polis akan menjawab segala persoalan di sebalik video tersebut.

“Isu ini ada dua fasa, pertama apakah kesahihan video itu dan kedua, siapa yang sebarkan? Jadi rakyat mahu tahu kedua-dua benda itu.

“Bagaimanapun siasatan saya serahkan kepada pihak polis,” katanya menjawab mengenai tindakan reman ke atas Haziq dan lima individu semalam.

Anwar berkata demikian sewaktu ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mahkamah Majistret semalam mengeluarkan perintah reman terhadap Haziq serta lima individu lain selama enam hari bagi membantu siasatan kes video berkenaan.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73773

Posted by on Jul 16 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE