Anwar seru muafakat semua kaum sempena Tahun Baru Cina
KUALA LUMPUR 9 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baru Cina 2013 akan mencatat kejayaan, kebahagian dan kemajuan berkekalan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina, Anwar menyeru rakyat nekad mengharungi perit getir perjuangan, bagi mencapai perubahan dan matlamat baru.
Sambil mengungkap kisah ‘Pengembaraan ke Barat’ berdasar teks klasik Xi You Ji karya cendikiawan terkenal China -Wu Cheng En, Anwar berkata, kisah epik itu memberi teladan dan makna besar untuk dihayati.
“Pengalaman Tang San Zang, seorang tokoh besar dalam sejarah epik China, perlu kita jadikan pengalaman.
“Tahun-tahun derita, tahun-tahun dengan masalah ekonomi, masalah rasuah, masalah penyelewengan, penghinaan kaum dan agama, hingga hak kewarganegaraan setelah 50 tahun masih dipertikai, ini menunjukkan keperitan yang terpaksa kita alami sepertimana pengalaman pengembaraan itu.
“Untuk itu, kita harus muafakat pertahan keamanan semua kaum, semua agama untuk mencapai keadaan baru.
“Saya berharap mudah-mudahan dengan semangat perubahan ini, kita (pakatan Rakyat) pertahan dengan mencatat kejayaan dan kemenangan yang baik dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44703






