Anwar: Desak Najib perjelas isu RM207b pampasan buruh paksa

(Oleh Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 8 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mengadakan siasatan terbuka mengenai status pampasan RM207 bilion oleh kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa landasan maut Siam-Burma semasa Perang Dunia Kedua.

“Najib tak boleh diam. Saya desak adakan siasatan bebas dan penuh terhadap isu ini,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan selepas bertemu Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami bahawa pampasan RM207 bilion telah dibayar pada 90 an.

30,000 mangsa termasuk melalui Sekretariat Jejak dan Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 memberitahu, sehingga kini pihaknya tidak mengetahui di mana pampasan itu berada.

RM207 bilion dilulus oleh kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia.

Sehingga kini tidak diketahui status pampasan sama ada disimpan oleh Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tiada sebarang penjelasan dibuat kerajaan.

“RM207 bilion jumlah yang banyak. Dia (Najib) tidak melapor melalui kabinet dan perbendaharaan. Perlu adakan siasatan bebas, penuh dan terbuka,” tegas Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau selanjutnya turut mendesak Najib mengadakan siasatan terbuka ke atas aliran USD 190 bilion wang haram (illicit funds) dari Malaysia seperti dilapor Global Financial Integrity (GFI).

“Najib juga perlu respon dan adakan siasatan terbuka penuh berhubung laporan itu.

“Sampai hari ini tiada jawapan balas dari Perbendaharaan, Menteri (Kewangan) dan Perdana Menteri. Ini jelas satu pengabaian tanggungjawab,” kata Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42627

Posted by on Jan 8 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE