Anwar syorkan India lebih ‘positif’ dalam isu demokrasi di Asia

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan kepada negara India agar lebih ‘positif’ sebagai teraju utama kusa demokrasi di Asia.

Saranan itu dibuat ketua umum Pakatan Harapan selepas beliau meluangkan masa bertemu Perdana Menteri India, Narendra Modi.

“Kami merasakan India sebagai satu (kuasa) demokrasi di rantau ini, perlu memikul peranan kepimpinan yang lebih positif.

“Saya juga menjelaskan bahawa saya kecewa dengan pendirian India terhadap Myanmar apabila mengutamakan perniagaan dan mengenepikan hak asasi manusia.

“Dengan Aung San Suu Kyi dan kini Rohingya, kami harap India akan menjadi suara yang rasional dan memperjuangkan keadilan,” katanya kepada akhbar The Hindu.

Anwar kini dalam rangka lawatan selama lima hari di India bermula 8 Januari lalu.

Beliau semalam meluangkan masa bertemu kapten industri teknologi dan menyampaikan ucaptama pada persidangan perniagaan anjuran badan pemikir di sana.

Sementara itu, Anwar turut menjelaskan bahawa pada pandangannya Putrajaya masih belum bertindak menghantar pulang pendakwah Zakir Naik kerana tiada bukti rasmi diberikan kepada Malaysia oleh pihak yang cuba mengaitkan pendakwah itu dengan aktiviti keganasan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72784

Posted by on Jan 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE