Anwar tak setuju sekatan perjalanan peminjam ingkar PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus mempertimbangkan cadangan sebelum memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara bagi peminjam yang gagal melunaskan pembiayaannya.

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menganggap langkah itu akan membebankan peminjam yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Beri sedikit kelonggaran kepada peminjam yang belum dapat pekerjaan, saya setuju supaya rakyat beri pandangan positif supaya keputusan itu tidak dirasa menekan pinjam.

“Saya juga akan sokong kehendak rakyat, dan saya rasa rakyat tidak akan bersetuju dengan apa-apa tindakan yang agak keras, terutamanya dalam kalangan mereka yang belum bekerja. Mereka pinjam tetapi tidak ada kerja. Nak tekan lagi sebab apa, itu pandangan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni Kolej Dar al-Hikmah (KDH).

Semalam Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan PTPTN akan mempertimbangkan untuk menguatkuasa semula sekatan terhadap peminjam yang culas.

Ia berikutan kadar bayaran semula uang kurang memberangsangkan selepas senaraihitam PTPTN dimansuhkan.

Jika dilaksanakan, langkah itu akan dilihat sebagai memungkiri janji Pakatan Harapan untuk memansuhkan amalan senaraihitam peminjam PTPTN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73481

Posted by on May 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE