Anwar: Tembakan rambang Christchurch tragedi hitam

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk tragedi tembakan rambang di masjid di Christchurch sebagai satu pencabulan terhadap nilai emanusiaan global.

Dalam satu kenyataan ringkas, Anwar turut menzahirkan kesal dan simpatinya terhadap insiden itu yang setakat ini mengorbankan 40 nyawa.

“Insiden tembakan rambang yang mensasarkan jemaah solat Jumaat di Christchurch, New Zealand adalah tragedi hitam terhadap kemanusiaan dan keamanan sejagat.

“Saya berasa sangat sedih dan kesal dengan tindakan tidak bertamadun, bercanggah dengan nilai kemanusiaan yang meragut nyawa orang awam.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya dan terus mengikuti rapat insiden tembakan rambang. Menurut Polis New Zealand, situasi masih bahaya dan mereka masih dalam usaha memberkas pelaku tersebut.

“Saya dimaklumkan seorang warganegara Malaysia dilaporkan cedera dan kini dalam keadaan yang stabil. Saya berharap mangsa kuat dan cekal ketika melalui saat ini dan pulih seperti sedia kala.

“Kami mengutuskan simpati yang mendalam dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan warga New Zealand,” kenyataan Anwar dipetik.

Laporan berita menyebut sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch.

Difahamkan bahawa insiden tembakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam lokasi berbeza.

Menurut laporan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam Masjid Al Noor di pusat bandar Christchurch semasa waktu solat Jumaat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73108

Posted by on Mar 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE