Anwar: Tetap siasat mereka yang lompat parti

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan tetap diteruskan ke atas mana-mana anggota Parlimen UMNO yang berhasrat melompat kepada Pakatan Harapan

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson itu mahu Harapan berwaspada terutamanya dengan pemimpin UMNO yang mempunyai rekod lampau yang buruk.

“Ada orang umpanya yang ada rekod, memimpin kementerian-kementerian kanan dengan segala kerosakan yang berlaku kemudian rasa selamat sekiranya menyeberang ke Pakatan Harapan.

“Proses siasatan harus terus,” kata Anwar memetik ASTRO Awani.

Katanya, khabar angin mengenai kemungkinan 40 anggota Parlimen UMNO menyertai Harapan menimbulkan keresahan.

“Apakah dengan kekuatan itu ia akan berbalik kepada pengaruh lama dalam sistem kita?”

“Apakah kewajaran terlalu mendesak untuk memanggil terutama mereka yang ada rekod?” katanya.

Baru-baru ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas melakukan solat istikharah selama sebulan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72495

Posted by on Oct 31 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE