Anwar: Tiada hakim berani dengar kes saya

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Putrajaya selepas kerajaan enggan mendengar hujahnya mengenai dakwaan terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibayar RM9.5 juta untuk memenjarakannya.

“Ini penting bagi kes ini, kenapa tidak ada sesiapa dapat melihat ini dan ia (isu atau tuduhan) tidak dijawab?

“Kenapa bukti ini tidak dapat dikemukakan dan dijawab,” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan sabitan Fitnah II.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, ikon Reformasi itu berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan ini tetapi berasa kecewa.

“Saya masih berharap ada jalan di mana ada seorang hakim yang berani dan penuh keyakinan. Jika tidak, kita tunggu PRU14,” katanya.

Anwar dalam permohonannya mendakwa berlaku penipuan berkaitan bukti dalam sabitan kes Fitnah II.

Beliau juga memfailkan permohonan untuk mengetepikan hukuman dan sabitannya berdasarkan tuduhan bayaran RM9.5 juta itu.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa Shafee telah menerima bayaran dalam dua transaksi iaitu pada 11 Sept 2013 dan 17 Februari 2014 daripada akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Putrajaya pada tahun 2013 melantik Shafee sebagai pendakwa dalam kes Fitnah II membabitkan Anwar apabila kes itu dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Mahkamah Persekutuan pula pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan bersalah terhadap Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71448

Posted by on Mar 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE