Anwar: Tiada PM tolak debat selain Najib

(Oleh Aliff Fikri)

LEMBAH PANTAI 13 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada mana-mana Perdana Menteri di dunia ini yang menolak debat, melainkan Datuk Seri Najib Razak.

“Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang menolak untuk berdebat selain Perdana Menteri dari Malaysia.

“Jadi apa rekod baik yang negara ada? Yang ada dan boleh dibanggakan adalah rekod dunia dalam kes Scorpene yang membuatkan ia menjadi tumpuan dunia,” katanya pada Majlis Makan Malam KEADILAN Lembah Pantai, malam tadi.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh mengenai isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berjaya menarik ramai sokongan anak muda.

“Sesudah (Pakatan Rakyat) berjaya menakluki Putrajaya nanti, apa yang menjadi keutamaan kita adalah pendidikan untuk rakyat.

“Pendidikan akan menjadi kerangka utama kita. Kita mahu semua rakyat di bawah pimpinan kita merasai nikmat yang sama bukannya nikmat untuk satu-satu kaum saja. Semua rakyat tidak kira apa warna kulit wajib mendapat nikmat yang sama,” tegas Anwar di hadapan kira-kira 1,500 hadirin.

Majlis Makan Malam yang diadakan di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan itu bertujuan
mengumpul dana untuk Parlimen Lembah Pantai anjuran Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar.

Turut hadir pada majlis bertemakan “Selamatkan Negara, Maruah dan Kekayaan Kita” itu adalah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32711

Posted by on Jul 13 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google