Anwar: Tiada unsur kaum dalam PRK Tg Piai

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim berpandangan perubahan undi daripada Pakatan Harapan kepada BN dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai berlaku serentak dalam kalangan pengundi Cina dan Melayu.

Beliau menolak pendapat yang mengatakan perubahan itu berlaku kerana faktor perkauman.

“Ada perubahan sokongan di kalangan pengundi Cina dan juga perubahan sokongan pengundi Melayu. Jadi saya tak rasa ia berkaitan kaum.

“Kita perlu benar-benar memahami kekecewaan rakyat – Melayu, Cina dan India,” kata anggota Parlimen Port Dickson itu di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan perubahan sokongan pengundi Cina yang kembali memilih BN pada PRK Tanjung Piai.

‘Kita terima kekalahan yang mengejutkan dan sedar perlu ada beberapa tindakan yang lebih berkesan untuk memulihkan keyakinan rakyat.

“Tetapi satu dua kekalahan tidak menyebabkan kerajaan harus undur daripada berkhidmat untuk rakyat,” katanya lagi.

PRK Tanjung Piai yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan calon Harapan, Karmaine Sardini tewas kepada calon BN dalam pertandingan enam penjuru.

Kekalahan itu menyebabkan Harapan hilang satu kerusi di Dewan Rakyat kepada BN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74311

Posted by on Nov 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE