Anwar: Tiga j’kuasa bincang Reformasi Parlimen

Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk membincangkan langkah-langkah memperkukuhkan Reformasi Parlimen.

Katanya, perbincangan itu dijangka turut melibatkan Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.

“Kita mendapat input dari PSC, mereka mempunyai kesukaran mengundang pegawai-pegawai kanan untuk beri taklimat. Kuasa Parlimen itu terlalu terbatas, tidak seperti yang dijanjikan.

“Jadi, langkah pertama ialah kaukus mengundang semua pengerusi dan kita akan bincang semua masalah dan kemukakan dengan Speaker supaya perkara ini ditangani.

“Ini kerana jawatankuasa Parlimen ialah jawatankuasa khas yang disahkan dengan bidang kuasa tertentu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di Parlimen hari ini.

Presiden KEADILAN itu berkata, antara isu yang akan disentuh pada mesyuarat minggu hadapan itu termasuklah Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perkhidmatan Parlimen.

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus yang dianggotai 12 anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang bertanggungjawab untuk mereformasikan pentadbiran Parlimen.

Anggotanya merangkumi, Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang), Mustapa Mohamed (BERSATU-Jeli), Johari Abdul (KEADILAN-Sungai Petani), Dr Santhara Kumar Ramanaidu (KEADILAN-Segamat), Maria Chin Abdullah (KEADILAN-Petaling Jaya); Ma’mun Sulaiman (WARISAN-Kalabakan).

Enam PSC terbabit adalah Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender, Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73730

Posted by on Jul 9 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE